Debaran Terlampau - Lari Menyorok Nama Tercicir

Tuesday 20 November 2012



JOHOR BAHRU: Lari menyorok nama tercicir. Seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (2), di sini, melarikan diri sebelum bersembunyi dalam dewan kira-kira satu kilometer dari sekolah itu, semalam kerana menyangka dia gagal memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 apabila namanya tidak dipanggil guru,
Bapa pelajar tersebut, Abdul Halim Abdul Manaf, 40, dan ibunya, Norlida Mohd Yusof, 37, telah menghubungi polis apabila mendapati anak mereka telah hilang. Akhirnya Hafeq Shakirin Abd Halim,12, ditemui sedang menangis oleh bapanya di dalam sebuah dewan selepas dua jam bersembunyi.
Ketika ditemui, Hafeq Shakirin berkata, selepas mendapati namanya tidak disebut dalam senarai calon yang memperoleh 5A dia nekad melarikan diri dari kawasan sekolah pada jam 1 tengah hari ketika menunggu giliran mengambil slip keputusan UPSR
“Ketika itu, saya cukup tertekan dan berasa seperti anak tidak berguna menghampakan harapan ibu bapa kerana gagal memperoleh 5A.
“Saya sedih kerana saya sudah melakukan yang terbaik. Tambahan pula rakan asyik bertanyakan mengapa saya tidak mendapat 5A seperti mereka.” katanya.- Info Terkini @ forblogger.net

Sumber : sini 


*alahai dik..napa lari..kan dah susah hati mak ayah awak..lain kali jangan buat lagi ye..ni belum lagi ambik PMR or SPM*

p/s : karenah budak-budak bila tiba ambik keputusan.

13 comments

  1. Sebab UPSR la die lari nangis..kalau SPM tak nangis dah.. dah besor

    ReplyDelete
  2. Fandyz :
    -SPM kang takut lari umh pula tak balik2 je..lagi haru..

    ReplyDelete
  3. sedihnya..hehe..kesian adik tu..tekanan tu sebab banyak sangat pertanyaan dan pressure dari orang sekeliling. UPSR bukan penghujung segalanya.

    ReplyDelete
  4. Akak..akak dah ada lama dah dalam bloglist saya..tak boleh masuk dah..hehe..maaf.. ^___^

    ReplyDelete
  5. kesiannya budak tu..
    kecik-kecik dah pandai fikir kan

    ReplyDelete
  6. Debaran dapat result kan macam-macam..hehe..so, ni salah satunya..aduyai dik..

    ReplyDelete
  7. sedih kan....bile die harap dpr ape yg die nk sekali tak dpt tuh yg sedih...apa2 pun tahniah utk adik nih sbb berjaya dpt 5A...

    ReplyDelete
  8. tu la..sian dia..nasib la dapat result yng baik..berbaloi la juga dia dok nyorok..hehe

    ReplyDelete
  9. ada gak baca berita nie tadi..cian budak tu..nmpk sgt berharap dpt 5A

    ReplyDelete
  10. didiey :
    -dia risau kut takut usaha dia x berhasil kan..

    ReplyDelete
  11. Dapat jue..cuma namanya je yang tercicir.. :)

    ReplyDelete