Maut Hantar Amal Jariah (Ibu Pelakon Catriona)

Thursday 14 February 2013


Gerik: Arwah ibu pelakon Catriona Ross Bahrin, Siti Nur Zawiah Abdul Rahman, 63, bersama rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam kemalangan maut, semalam.
Warga emas terbabit adalah antara tiga penumpang sebuah kereta yang maut selepas kenderaan dinaiki bertembung bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa, di sini, dalam kejadian jam 1 pagi.


Kemalangan itu turut meragut nyawa rakan Nur Zawiah, Norini Ghani, 42, dan dan Sitah Abdullah, 52, yang dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.

Rakan arwah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39, yang ditemui di bilik mayat Hospital Gerik semalam berkata, semua mangsa mengikuti rombongan membabitkan dua kereta dalam perjalanan ke rumahnya di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.




*takziah buat pelakon catriona.. moga dia tabah hadapi dugaan tersebut. Al-Fatihah


sumber : Harian Metro

12 comments

  1. Takziah buat pelakon Catriona dan keluarga

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.. Takziah buat keluarga arwah.. Semoga di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..semoga arwah ibunya di tempatkan di kalangan orang yang beriman kerana pengorbanannya.. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  4. takziah utk cat & keluarga.. dr tanah kt dtg kpd tanha juga kt dikembalikan, moga ruh ibunya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete