PROGRAM 5S DI TEMPAT KERJA

Sunday 10 February 2013


5S adalah singkatan kepada 5 aktiviti seperti berikut :

Sisih : aktiviti pengasingan barang berdasarkan keperluan
-      Peringkat ini membabitkan pemilihan dan pengumpulan barang yang boleh digunakan dan barang yang perlu dibuang

Susun : aktiviti penyusunan barang mengikut kategori
-      Selepas aktiviti sisih dilakukan, barang yang masih diperlukan hendaklah disusun dan disimpan ditempat yang sesuai.

Sapu : aktiviti harian baik sebelum, semasa mahupun selepas melakukan sesuatu tugasan.
-      Pastikan kawasan kerja dibersihkan dan semuanya disimpan semula ditempat asal selepas digunakan

Seragam : keseragaman pembabitan pekerja dalam setiap aktiviti 5S serta barangan ditempat kerja.
-      Setiap pekerja perlu melakukan aktiviti 5S  secara bergilir. Begitu juga barang dan peralatan ditempat kerja menggunakan label atau warna yang seragam dalam menentukan jenis mahupun kegunaan.

Sentiasa Amalkan : amalam kerja secara berterusan.
-      Pelaksanaan 5S seharusnya mengikut turutan dan secara berterusan yang membawa kepada kebiasaan serta menjadi tabiat pekerja pada akhirnya.




MANFAAT 5S

1.    Meningkatkan kualiti persekitaran kerja (lebih bersih, selesa dan selamat)
2.    Meningkatkan kualiti kerja (hasil kerja yang lebih baik meningkatkan imej dan keupayaan syarikat)
3.    Mengurangkan kerosakan peralatan (kurang kerosakan akan mengurangkan kos penggantian dan pembaikan sekaligus meningkatkan keuntungan syarikat)
4.    Mengurangkan pembaziran masa (kes kerosakan yang berkurangan akan mengurangkan pembaziran masa sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja)
5.    Menigkatkan rasa tanggungjawab di kalangan pekerja dan pengurusan (rasa cintakan tempat kerja akan menjamin kesetiaan pekerja)
6.    Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan (pekerja dan pengurusan adalah asset utama organisasi)



sumber : Harian Metro 08.02.2013

5 comments

  1. semua jabatan tgh promote kan 5S ni kan.. :)
    selamat bercuti.. :)

    ReplyDelete
  2. kat sekolah saya pon ade program 5s ni :)

    ReplyDelete
  3. maria firdz :
    -oo..yeke..tak tahu pula sy..saya just share dari HM..hehehe

    puteri afiqah :
    -oo..yeke..tak sngka pula.. :)

    eiqa almond :
    -belum puan lagi..masih cik.. :p

    ReplyDelete
  4. yeahh pekerja berdedikasi lah mcm ni :D

    ReplyDelete