BUTTERWORTH, 10 April (Bernama) -- Tiga
pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya di sini dikenakan tindakan buang sekolah
setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan
tindakan mangsa, yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada
guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac
lepas, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain
dan membelasah mangsa di sekolah.
Kejadian itu dirakam dan tersebar
luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif
daripada orang ramai.
"Susulan kejadian itu pihak
pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit
sejak 8 Mac lepas kerana melanggar peraturan sekolah," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pelajar
berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan
mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum
diterima meneruskan semula persekolahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima
sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan
bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut
Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.
** apalah nak jadi ngan budak-budak ni ye.. hebat sangatkah korang??? **
apa lah nak jadi budak2 sekarnag ni..huhu
ReplyDeletePadan muka diorang, lepas ni mase depan diorang gelap la. Nama dah blacklist.
ReplyDeleteaishh menyampahlah...
ReplyDeletehish mcm2 bdk2 skg ni..tau membuli jer
ReplyDelete