Menu 3 : Sayur Cendawan

Tuesday 10 December 2013

Assalamualaikum, selamat pagi..

okey.. sambung story pasal masak lagi.. cerita awal pagi semalam punya.. haha.. nak buat macam mana. ni je modal yang ada. kebetulan mak pun xde kan. tu yang kena turun dapur. dah jadi wife orang. xleh nak malas-malas kan.  :P

pagi semalam turn adik bawak bekal pergi kerja. berselang seli hari la ngan gf dia. kalau isnin dia bawak, selasa gf dia bawak, nanti rabu adik bawak pula. haa, gitu. jadinya semalam kan mak tak balik lagi. saya mati akal juga nak masak apa la bekal adik ni. maklum la, pepagi nak ketuk dapur kan.

pastu mak ada tinggalkan ayam yang dah diperap. pastu ayam tu pula beku. saya pula tido dah tak lena. hahaha.. sebab takut tak terbangun pagi nak masak je. sekali pukul 3 pagi terjaga. teringat ayam perap. penangan tak pernah bangun masak pagi kau.. haha

pergi dapur, kuarkan ayam tu, rendam bekas dia. mudah2an bangun sat lagi nya ais dah cair. saya set jam kul 5.05am. punya berkorban tu.. :P
masa bangun tu basuh muka siap-siap sume, dalam pukul 5.20a.m dah ke dapur. masak air dulu. pastu tuk breakfast goreng nugget je. tu pun sekadar buat syarat je. bukan nak makan pun.


selesai buat air, goreng nugget, goreng ayam. sambil menggoreng ayam, settle kan bahan nak tumis sayur. adik minta masakkan sayur cendawan masak ala-ala berkuah. tapi kuahnya tu pekat sikit bubuh tepung jagung. bukan kemain requestnya. nasib la pepagi saya tak blur. haha

ni la lauknya. sejujurnya, saya memang tak pandai masak. tapi suka masak. suka mulakan dari yang simple2 dulu. seronok sebenarnya memasak ni kan. nak-nak bila ada family yang minta buatkan. rasa teruja je. adik request nasib la lauk senang.kalau lauk susah2, sila la masak sendiri ye.. haha..

selesai masak dalam pukul 6.40a.m camtu.. sempat solat subuh.. nanti dah duk ngan husbnd hari2 boleh masak. bestnya.. ;)

bahan-bahan sup cendawan ni. *sup ke??*

- bawang merah , bawang putih
- ikan bilis
- cendawan
- lobak merah
- anak jagung
- serbuk lada hitam
- sedikit air tepung jagung *sekadar untuk memekatkan kuah*
- garam
- sedikit air tuk dijadikan kuah


*masakan dah sama macam lauk ayam halia je.. huhu

21 comments

  1. Hihi.ok je mimie. Mmg betul pon blaja masak mula yg simple. Lama lama kita jadi sronok masak
    emm, adik yg tntera tu dok kem kat ipoh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu la pasalnya ciksu.. seronok pula bila dapat masak2 ni..
      eh tak la.. yang tu kat kuala lipis. ni adik lelaki sorang lagi. yang dulu belajar kat melaka..

      Delete
    2. Ooo..ciksu lupa mimie ada dua adik lelaki.hihi

      Delete
  2. Bagusnya Mimie. Jangan malas² k. Baru suami bertambah sayang. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe,, insyaAllah.. suami jenuh nak rasa masakan.. tak selalu dia balik.. ;)

      Delete
    2. Takpa la. Pos la makanan tu. Hehehehehe...

      Delete
  3. wah.. rajin betui bgun pagi2 masak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana.. kang tak bngun ada orang muncung xdapat bawak bekal..hehe

      Delete
  4. rajinnya ... betulkn mimie... tidur pon tak lena fikir nk bgn buat sarapan. yana pon kalau mak takda, memang tak lena tidur. sampai sakit kepala kat tempat kerja.

    ReplyDelete
  5. sedapnya mimie..feveret kita nie cendawan..pasni terer la suda nie masak :)

    ReplyDelete
  6. amboi romantiknya adik mimie..siap gilir2 bawak bekal...
    si kakak pun melayan je kan..haha

    ReplyDelete
  7. mula2 simple lepas tu nanti pelbagaikan..bagus Mimie

    ReplyDelete
  8. hah..tak pe,mula dr yg simple2 dulu.IbuNoey pun tak reti sangat bab masak memasak nih..tapi setakat yg simple dan mengenyangkan perut, bolehlah..tengok sup cendawan tu,sedap jer..boleh tuang atas kuetiao..

    ReplyDelete
  9. sama la.. kalau dah kawin ni,memang minat memasak membuak2 sangt2. knkn rasa mcm nak buat eksperime n memsak jak hari2.. hihii sedapnya syur tu... hihi nanti nak try la.. mesti hubby suka..:p

    ReplyDelete
  10. sy pun tak reti masak tapi suka masak hhehee hantam ja la biar tak sedap

    ReplyDelete
  11. xpe kalau tak pandai masak janji kita mencuba kan

    ReplyDelete
  12. bangun pagi-pagi macam nak bangun sahur jer...nasib baik tak kalut....hihihi......

    ReplyDelete
  13. Nyum2 sedapnyaa nugget.Dah lama tak makan huhuhu
    New Entri updated : "Kau Bercuti kat mana ? "

    ReplyDelete