BAKAT - ‘ Keluarga Bahagia Membawa Ke Syurga ‘

Tuesday 10 June 2014

Assalamualaikum.. Hai semua..

Tarikh : 04 Jun 2014
Tempat : POPTD (Pusat Olah Perang Tentera Darat)

Ni cerita hari rabu yang lepas. Program BAKAT ada anjurkan 1 ceramah. Nama en.suami naik lagi. So maknanya saya pun kena hadirlah. Sebabnya BAKAT ni tuk isteri-isteri tentera sebenarnya. Kali ni suami pun kena hadir sama tuk dengar ceramah ni. Lega sikit hati ni dengar bila en.suami pun kena ada sama. Takde la rasa sunyi.

Sebabnya saya tak kenal habis lagi orang-orang kat sini. Muka-muka yang saya biasa jumpa tu okay lagi.. Tapi tak semua la kenalnya pun. Ceramah semalam ceramah agama. Mula-mula masa en.suami cakap kena pergi ceramah saya lembik dengar. Haha.. Sebabnya rasa macam kita je kena pergi. Tapi takpelah, dalam pada tu ada ilmu sebenarnya kan?

Ok la, saya share sikit apa yang saya dengar dalam ceramah tu ye.. Tajuknya ‘ Keluarga Bahagia Membawa Ke Syurga ‘ Oleh En. Ahmad Fikri bin Mohd Fauzi. Pegawai Syariah Bank Muamalat.

Nampak menarik pula saya rasa ceramah tu walaupun ada kala rasa macam lama je ceramah tu walaupun 1 jam je. Hehehe.. Ni saya share sikit-sikit point yang saya ingat dan yang saya catat la ye. Walaupun tak semua orang berminat nak baca entry ni, tapi saya rasa, nak share juga. Sebab ianya 1 ilmu juga.

Dalam ceramah tu yang di tekankan adalah peranan seorang khalifah dalam sebuah keluarga tu sendiri. Khalifah yang dimaksudkan adalah pemimpin keluarga. Pemimpin dalam sebuah keluarga adalah suami atau ayah.

Untuk memcapai sebuah keluarga yang membawa ke syurga, seorang pemimpin perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaiknya. Sama ada kepada isterinya sendiri mahupun kepada anak-anaknya. Dan lebih penting kepada anak-anak perempuannya.

Banyak perkara perlu dititikberatkan. Antaranya dalam soal aurat. Aurat isterinya dan anak-anaknya (anak perempuan). Menutup aurat bukan sekadar memakai baju yang longgar-longgar sahaja, tapi meliputi semuanya. Bila keluar rumah perlu bertudung. Bertudung dengan cara yang betul. Mungkin keluar sekadar untuk menyidai baju sahaja juga perlu menutup aurat itu.

Selain itu dari segi akhlaknya. Ibu bapa perlu tunjukkan contoh yang baik buat anak-anak sejak dari mereka kecil lagi. Setiap perbuatan yang kita lakukan di hadapan anak akan menjadi contoh buat mereka. Mereka dengan mudah akan meniru setiap perbuatan kita sama ada baik atau buruk. Anak yang masih kecik masih belum dapat bezakan yang mana baik, yang mana buruk.

Akhlak juga termasuk dari segi percakapan yang kita keluarkan. Sekiranya kita kerap berkata sesuatu yang tidak baik dan didengar oleh anak-anak tersebut, maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti, perkataan tu juga yang akan diperkatakan oleh mereka.

Dari segi keimanan, ketaatannya dan kebesaran kepada Allah. Selalulah memuji Allah dengan setiap apa yang diciptakan OlehNYA dimukabumi yang sangat-sangat indah ini. Ceritakan kepada anak-anak tentang bagaimana kebesaran Allah dalam menciptakan laut yang luas, langit yang indah terbentang luas dan sebagainya.

Keizinan. Seorang isteri perlu / selalu meminta keizinan dari suaminya dalam setiap perkara yang dilakukan. Tak kira perkara itu besar atau kecil. Setiap keizinan itu sesungguhnya untuk mencari keredhaan dari hati suami. Mungkin keizinan itu kita selalu nampak apabila seorang isteri ingin keluar rumah, tapi sebenarnya banyak perkara perlukan keizinan. Walau sekecil perkara yang kita ingin membeli sekalipun perlukan keizinan.

Contohnya juga, mungkin kawan-kawan kita di tempat kerja atau jiran-jiran membuat bisnes side-income. Dan menawarkan pelbagai produk kepada kita. Dalam masa yang sama sebenarnya kita mampu untuk membeli & membayar dengan kewangan kita sendiri. Tapi sebenarnya juga, meminta keizinan dari suami terlebih dahulu untuk membelinya adalah lebih baik supaya kita juga tahu, suami memyukainya juga atau tidak dengan barang tersebut.

Kehormatan diri. Seorang isteri perlu menjaga kehormatan dirinya dari pandangan lelaki yang bukan muhrim dengannya. Tidak terlalu ‘menonjol’ dihadapan lelaki lain. Tidak membenarkan lelaki lain memasuki rumah sekiranya suami tiada. Mungkin kita berminat dengan sesuatu barang yang dibawa oleh jurujual lelaki ke rumah kita, tetapi sekiranya suami tiada, sebaiknya elakkan dari memberinya masuk atau kita tidak perlu menerima pelawanya untuk melihat jualan tersebut.

Ni antara yang sempat saya tangkap semalam. Point yang saya catat pun ada 5 je. InsyaAllah, selagi saya boleh buat yang terbaik dalam keluarga yang baru saya bina ni, saya akan cuba praktikkan. Bab soal anak yang paling saya suka dalam ceramah tersebut. Nak mendidik anak ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Saya berharap sangat, anak yang bakal lahir ni nanti saya dan suami dapat beri tunjuk ajar yang betul.


Walaupun kita tahu, takde siapa pun dimukabumi ni yang sempurna kehidupannya kan? InsyaAllah, selagi kita beringat, insyaAllah juga kita boleh lakukan. Bukan mudah untuk menjadi ibubapa contoh kepada anak-anak kan? 

9 comments

  1. setiap ilmu yang kita dapat elok dikongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. mana2 yang boleh dikongsi, nanti sy kongsi ye.. =)

      Delete
  2. betul tu

    bab menutup aurat tu je skrg ni rasa mcm ralat sikit.ye la, time balik rumah mertua.
    huhu.sblah sana ramai biras lelak.

    kalau sbelah ciksu dh biasa bertudung walau dgn sepupu.in shaa Allah akan cba sebaik mungkin perbaiki..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dok dlm mjlis ilmu...

    ReplyDelete
  4. Bagusla mimie ceramah tuh....byk ilmu kita dpt

    ReplyDelete
  5. best ikuti majlis ilmu ni....

    ReplyDelete
  6. Rajinnya ke BAKAT. Haha sarah dh siap ponteng satu program BAKAT ritu.. AGM BAKAT. kahkahkah..

    ReplyDelete
  7. sesuai untuk pasangan suami isteri yang muda macam mimie. elok utk bekalan hari mendatang ni

    ReplyDelete
  8. Isteri2 tentera memang kene join BAKAT nie.. disamping memupuk ikatan sillaturahim... dapat tambah kenalan.. dpt ilmu..

    ReplyDelete