Jumpa Doktor Kerana BSP !

Friday 5 September 2014

Assalamualaikum.. Selamat Sejahtera, Salam Jumaat..

Semalam saya diminta kena buat BSP lagi sekali. Kata nurse di KKIA, mana boleh sekali buat je. Paling tidak 2-3 kali..T___T
Pasrah. Ikut je la arahan kan. Kalau kat HTD takde pun haritu dorang suh buat lagi bila tengok result dah Ok.

Takpelah. Bukan tak tahu macam mana prosedur nak buat BSP tu kan. Cuma ada juga la perbezaan sikit dari segi masa bila buat di HTD dan KKIA ni. 2kali buat di KKIA, 2kali kena cari klinik private. Nasib la tak kena bayaran mahal. Cuma kekok sikit la bila buat di KKIA ni. Sebab dah terbiasa berurusan di HTD.

Result yang saya terima semalam ialah :

-          Sebelum Makan Pagi            :           4.9       (Buat Jam 8.00 Pagi)
-          Sebelum Makan Tengahari   :           4.5       (Buat Jam 12.00 Tengahari)
-          Sebelum Makan Malam        :           4.8       (Buat Jam 6.00 Petang)
-          Selepas Makan Malam          :           5.0       (Buat Jam 9.00 Malam)





Tapi saya tak sure sangat nisbah dia berapa. Macam sebelum ni kalau pagi tak boleh lebih dari 5.0. kalau 3 waktu yang lain tu tak boleh lebih dari 7.0. Tu kalau buat kat HTD la. Kalau kat KKIA tak boleh lebih dari 6.0 eh?? Tapi kalau tak lebih dari 6.0 pun memang saya tak capai tahap tu pun.

Padahal semalam balun je makan. Lantaklah. Tak sanggup nak berlapar. Sian kat baby dia dok gerak-gerak. Maybe lapar la kut. Lepas makan elok pula baby. Semalam lepas balik pukul 12 tu, kaw-kaw makan nasi tu. Nak-nak makan masakan mak. Memang selera. Makan nasi kosong ngan 2 ekor ikan kembung goreng. Tu pun dah syukur dah.

Pastu pukul 1 lebih hentam makan roti. Dah terbiasa kan. Nekad je la kalau tetiba BSP tu naik. Sebab mak cakap jangan sekat makan. Sian kat baby. So layankan je la. Tapi 3jam sebelum pukul 6 tu kira dah berpuasa balik la. Tapi air kosong saya minum juga. Tak tahan dahaga sangat.

Yang belah malam tu, lepas balik kul 6, minum juga air milo ais. Makan juga roti. Makan cekodok ubi keledek sikit. Tak tahan lapar bila dok ngan mak ni. haha. Asik makan je kerjanya. Syukur la result dapat 5.0 je. Macam yang first time buat BSP dulu makan dok jaga-jaga. Dapat result 5+ tuk 3waktu tu. Yang ni tak sekat makan elok je dapat 4+.

Dah settle semalam tu memang lega. Harini kena turun KKIA balik tuk jumpa doctor. Kalau pergi KKIA ni awal pagi, kalau tak tunggu 2jam, tak sah kan. Sampai sana tadi kat-kat 8suku. Tadi sampai umah ngam-ngam 10suku. Bertabah je tunggu turn. Padahal no.8. Naik kematu punggung duk kat sana. Sampai orang dari penuh sampai surut, sampai penuh balik tak juga nama dipanggil.

3hari berturut-turut turun KKIA. Tak pernah lagi kat HTD camtu. Sampai naik pelik mak dengan abah. Nak buat camne. Zaman dulu dengan sekarang ni lain. Syukur la boleh drive sendiri tanpa susahkan sapa-sapa. Kalau tak, jenuh la..

Tapi yang tak best 1 perkara je la. Due saya 18.09.14 ni. doctor dah buat surat siap-siap. If baby tak kuar lagi sampai 17hb ni, kena serah diri kat hospital.. T_____T
Doa-doa la minta baby kuar awal. Paling lewat pun harap-harap la 16hb. Kalau boleh nak elak dari serah diri dan kena masuk ubat tu..

Hai la baby.. silalah keluar minggu depan ye sayang..

Belanja 1 gambar harini ye. buat kenangan. bukan nak menunjuk tau. badan dah membesar dengan jayanya. 38week 3day.


Nota : Sebab kena serah diri, sebab sangkut dengan GDM ni la..

16 comments

  1. Ayu next week minum air gula. Huuu. Seram ni. Naik berat 2 weeks..1.4kg. Tlebih 0.4 je. Tp apekan daya.. Hopefully xde gdm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. yeke.. moga2 tak sangkut la dgn dgm ye ayu.. leceh tau bila kena gdm ni..

      Delete
  2. alahai...moga di permudah segalanya..

    ReplyDelete
  3. Dah sekat dah tu tarikhnye.. Byk2 kan berdoa, moga segalanye dipermudahkan.

    ReplyDelete
  4. insyaallah semuanye akan selamat.... nampak sihat je tuuu

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan yer.. x lama dh tue baby nk keluar..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. Mudah2an kak.. Tu la.. Xtau la bila dia nk kuar ni.. Tertunggu2..

      Delete
  6. wahh kejap je rasanya baby dah nak keluar.
    fighting! :D

    ReplyDelete
  7. Pasrah je la kan... Mujur sy sekali je test dulu..

    ReplyDelete
  8. saya pun ada pengalaman gdm masa mengandung last year..Alhamdulillah baby kuar sehari sebelum tarikh kena serah diri...semoga dipermudahkan yer...

    ReplyDelete