Kisah Anak : Zahra Checkup Sebulan

Tuesday 21 October 2014

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Semalam zahra checkup untuk sebulan. Semalam dah masuk 33hari. Kejap je dah sebulan kan. Sekarang ni masa cepat sangat. Tup-tup hujung bulan ni habih pantang pula.

Semalam keluar awal. Dalam pukul 8suku sampai sana. Sekali terkejut tengok penuhnya rakyat jelata kat klinik. Tak tau la sebab appoiment ke, sebab hari khamis ni cuti. Selesai semuanya pukul 12setengah. 

Punya la berejam. Dah la x bawak air. Dengan dahaga nya. Lepas ni kena standby bekalan. Nak-nak bby fully bf. 





Nasib la sampai sana ada tempat parking. Mencelah je la parking mana yang boleh. Semalam juga setelah sebulan lebih tak drive, drive juga la ke klinik. Rasa kekok kaki dok pijak brek sume tu. Dah tak serupa orang berpantang pun. Hihi

Semalam check berat zahra dah 3.9kg. Ok la kan. Lahir pun tak besar mana. 2.7kg je. Dalam sebulan naik 1.2kg je. Yang penting baby sihat, kan..

Setelah 33hari zahra lahir, berat saya juga dah kembali pada normal macam sebelum kawin. Last pregnant berat 54kg. Semalam timbang dah jadi 43kg balik.. Terkejut jap. Senang betul turun.

Mak kata saya ni bukan jenis naik badan. Bukan jenis gemuk. Naik masa ngandung pun tak nampak sangat. Lepas ni boleh la pakai balik baju-baju kurung yang ada. 

Erm, tak tahu pula saya kalau bawa anak checkup pertama ni kita pun kena checkup macam masa mengandung. Kena check urine semua tu. Sebab masa kat HTD saya nampak check tekanan darah ibu je. Tak tahu pula sampai kena check urine. 

Yang pelik masa ngandung HB asik rendah. Semalam sebelum keluar saya siap minum nescafe lagi. Tengok HB ok je. 12.6
So lepas ni boleh je la minum nescafe. Even zahra fully bf, dia ok je boleh tido walaupun saya minum nescafe.

Semalam zahra kena cucuk yang kedua. Sian anak mama. Menjerit juga la dia sekejap. Tak sanggup nak tengok. Lepas cucuk Sogok susu, terus tido. Malam tadi demam la juga. Nasib ada air zamzam, sapu kat kepalanya bangun pagi dah ok.

Bulan depan 24nov checkup kedua. Macam mana la ragamnya kan.
Saya paling excited nak tahu bila timbang beratnya berapa naik.
Hihi







11 comments

  1. Alhamdulillah... Mmg g check up kna bawa air.. Sbb thu dh mmg lama..pling cepat sy pnh cek up kt kkia 20 minit dh siap... Paling lama hmpir 3 jam.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dgr crita mommy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai masa turn lya pula.. Mesti rasa seronok mcm ni.. :)

      Delete
  3. Ibu bf boleh minum tp x boleh byk sgt. Jemput baca disini: http://www.sihatitunikmat.com/2014/10/adakah-pengambilan-kafein-selamat-untuk.html

    Sekadar berkongsi^^

    ReplyDelete
  4. Oklah naik 1.2kg. Berat zahra lahir lebih kurang sama dgn anak akak Alia. Hehe...

    ReplyDelete
  5. lama jugak k3na tunggu kannn

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semoga anak akak sihat sentiasa. Tunggu nanti tengok berapa berat Zahra lepas ni.

    ReplyDelete
  7. sama la ciksu pon.xcited nk.thu berat baby berapa..hihi..

    ciksu msa check up sblan anak hri tu, berat ciksu trun sekilo dar masa mula buat buku pink.suka giler..tp nmpak kurus benor..dh la bby fully bf gak..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. rasa mcm mamy brcerita dpn sha ja..lps tu sha dukung zahra hihih..

      Delete
  9. Semangatnya baby. Sebulan naik 1.2 kg... habis lemak mama, baby amik yerr.

    ReplyDelete