Sembelit ? Cara Atasi?

Monday 13 October 2014

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera semua..

Tengok tajuk bukan kemain kan.. haha! Sometimes kena juga buat gempak gitu.. Actually bukanlah saya nak share cara nak atasi kalau sembelit pun. Kita ni bukanlah pakar mana pun. Just nak share pengalaman masa pregnant dan dah deliver ni je..

Alhamdulillah, masa pregnant dulu nak kata kerap kena sembelit, tak juga. Sekali 2 ada la kut. Tu pun kalau kurang minum air masak. Air masak kan penting tuk kesihatan sebab ianya berfungsi sebagai pelawas gitu.

Masa pregnant takde cerita sangat nak dikongsi. Kita kongsi kisah masa dah bersalin la ye. Tu yang senang ingat. Kihkihkih.
Alhamdulillah, masa dah bersalin ni pun saya tak alami sembelit. Takut okeh kalau kena sembelit ni. tahu-tahu je la, sembelit ni kan sakitnya la haiii..


Masa saya masa lepas bersalin nurse tanya juga dah ‘buang air besar’ ke belum. Risau kena mara, cakap je dah. Hehehe.. takut la kang kena bebel ngan dorang kan. Actually bukanlah taknak ‘membuang’.. ater tak sakit perut, apa yang nak dibuangkan nya.. betul tak?

Saya start sakit perut nak ‘membuang’ lepas 8hari bersalin. Lama kan? Fuhhh, takut okeh dalam tempoh 8hari tu. Takut kena sembelit pun iye juga. Tapi dah tak sakit perut, nak buat macam mana. Dah la dalam masa yang sama sakit jahitan pun tak hilang lagi. Memang takut-takut masa nak membuang tu.

Lepas 8hari, Alhamdulillah. Semuanya lancar. Membuang pun senang. Petuanya?? Sila minum air masak sebanyak yang mungkin. Ye, tu yang saya mampu buat pun. Pastu banyakkan makan sayur. Dalam pantang ni kan makan tak boleh sembarangan, jadi kena la jaga-jaga. Saya tak makan ubat pape pun tuk lawaskan pembuangan tu.



Then lagi 1 banyakkan makan buah. Saya menggila makan buah masa dalam pantang ni. epal, buah oren, buah pear, lai, anggur, tu antara yang saya makan. Paling suka buah oren la. Nurse pun galakkan makan buah oren.

Kalau dari segi minuman panas, saya minum malt coklat, kopi ‘o’, kopi susu, nescafe. Hentam je. Hehe.. Teh je tak minum sebab angin. Macam kopi mak buat campur habbatussauda, tu yang berani minum. Tapi kerapnya minum malt coklat la.

Tapi air masak jangan tinggal tau. Tak suka pun kena juga ambik ye..

22 comments

  1. OK mimie tq tipsnya not jdi panduan masa dpn nnt kan

    ReplyDelete
  2. masa berpantang akak amalkan set berpantang shaklee..alhamdulillah, xde sembelit..masa berpantang, akak mmg kurang makan..minum air je yg banyak..

    ReplyDelete
  3. 1hari minum 2L.. menuju ke toilet terus saja..

    ReplyDelete
  4. SA dh lupa la....ater dh 10 tahun kot x beranak lg....huhu

    ReplyDelete
  5. Memang klu lepas bersalin selalu sembelit klu x minum air ngan mkn sayur masa berpantang tu.
    Lamanya kak nurul x singgah sini,sejak kena block kat opis.

    ReplyDelete
  6. Ana tak prgnent pun sembelit jugak kak mimie. Acaner tuh? Hehehe. Ana mmg ade sembelit sejak form3 lagi. Wuuu~merana sgt. Wpun dah makan ubat & minum air bebanyak, still sembelit.

    ReplyDelete
  7. Lama juga tuh.. Sy alhamdulillah la x pnh la delay smp lama cmtu..

    ReplyDelete
  8. Betul kene cukup minum air masak insyaAllah x sembelit.

    ReplyDelete
  9. oooo sembelit masa pantang mmg leceh kan?sy pernah tgk org berpandang sembelit..kesian oooo huhuhu :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmng pun.. Sakitnya Allah je yang tahu.. Nak beranak pun tak sesakit tu..

      Delete
  10. Cik mah hari ke 5..sembelit sikit je...tp still ok..bnykkan minum air..smlah juga..mkn biah bnyk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit kn bila sembelit. X lalu dibuatnya.. Bila mkn buah bnyk bru rasa ok kn?

      Delete
  11. hye mimie..
    huwaa.lama juga 8 hari tu..

    ciksu alhamdulillah, hari ke 3 dh boleh membuang. hihi..
    ciksu minum teh halia set tanamera tu..
    smooth je.. lega sangat takut benor kalau kena sembelit.mmg nangis le..

    ciksu x minum kopi pon.minum horlick j.
    buah apa pon x mkn.
    sayur makan sawi dgn kucai je + ulam2

    ReplyDelete
  12. Minum nescafe baby xjaga malam ke dear.hihihi..tp kopi o tu dulu tgk kakak2x pantang mmg sehari mesti minum skali..jg dri ye dear dlm pantang :)

    ReplyDelete
  13. Betul tue mimie...air masak mmg ubt terbaik utk elak sembelit...=D

    ReplyDelete
  14. Ok ok..buat bekalan nasihat utk masa dpn.hehe

    ReplyDelete