Perlukan Sebuah Kekuatan

Thursday 27 November 2014

Assalamualaikum.. Hai semua..

Selalu yang bermain dalam fikiran saya bila dah jadi fulltime housewife ni, macam mana nak cari income sendiri dari rumah. Tak perlu hantar anak ke rumah pengasuh. Tak perlu skip masak untuk keluarga. Selalu sangat benda ni bermain dalam fikiran.

Saya bukan tak nak cari kerja diluar bila dah ikut suami. Siapa yang tahu keadaan di gemas ni akan paham. Tempatnya bukanlah besar macam kat bandar sana. Yang ada hanya pekan kecik. 

Macam saya duduk di kuarters. Lagi payah nak keluar masuk. Leceh sikit la kat bahagian pengawal tu. Tapi tu bukanlah alasan untuk keluar bekerja sebenarnya pun.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan wife army tak bekerja. Duduk rumah jaga anak. Jaga makan pakai suami. Ye, saya tahu semua tu besar pahalanya. Saya tak nafikan. Suami balik kerja hati pun tenang je, kan?




Saya selalu belajar sesuatu yang saya rasa boleh buat. Macam handmade brooch ke. Homemade chocolate ke.. Alhamdulillah, homemade chocolate pernah la dapat sambutan. Masa tu adik sekolah. Jadi kawan kawan sekolah banyak membeli.

Macam handmade brooch pula gf adik yang banyak tolong. Tolong promote pada kawan tempat belajar dia. Walaupun taklah banyak mana, tapi seronok juga la ada sambutannya.

Kadang kala sesuatu yang saya takut nak memcuba dalam sesuatu bisnes dari rumah ni, risau orang kata kita caras bisnes orang. Yela, kita tak tahu kan macam mana perasaan orang. Kadang tu kita dah plan lama nak buat, tup tup ada orang dah buat benda tu then dapat sambutan. Tak ke nanti orang kata caras bisnes orang? Sedangkan bukan tu maksud kita.

Dulu saya pernah bersembang dengan seorang kakak audit yang datang bertugas ditempat saya. Saya kata takut nak bisnes sesuatu. Takut kita buat cake contohnya, tetiba orang nak juga buat benda sama. Tapi bila kakak tu kata ' airtangan yang membezakan semuanya'.. Bila kita masak, walaupun resepi sama, tak semestinya Rasanya samakan?

Tu benda betul. Tapi saya still risau. Sampai 1 tahap saya naik stress fikir apa sebenarnya yang saya mampu buat. Macam ada sorang kakak tempat saya ngadu, dia selalu kata rezeki orang tak sama. Walaupun buat benda yang sama, kadang kadang orang suka berurusan dengan kita. Tak nak berurusan dengan orang tu. Jadi kita tak perlu nak risau. Setiap rezeki dah tertulis.


Lawakan tasbih ni. Saya baru belajar buat. Nak penuhi masa yang terluang. Belajar perkara baru. Saya tunjuk tasbih ni pada cousin, dia minta saya buat bisnes. Hati memang seronok dengar bila ada yang bagi pendapat. Tapi hati ni risau sangat. If ada orang nak tempah, saya terima je.

Tapi saya ada juga terniat. Nak bagi tasbih ni sebagai sesuatu hadiah.. Hadiah untuk apa? Tunggu kemunculannya nanti ye. Moga moga terlaksana.
Amin..

Yang ni bukan nak caras bisnes orang tau. Tapi dah lama terniat. Ingat nak buat hadiah tuk kawan blogger juga. Tunggu ya.. ;-)

16 comments

  1. bestnyer jd suri rumah.. hihik, semoga mimie kuatkan semangat untuk teruskn berbiz. jangan fikir yang negatif yer dear. cuba dulu baru tahu.. peace yo

    ReplyDelete
  2. Bestnye jadi suri rumah. Mimi, eka pon dalam dilema. Eka gov servant, suami pun. Kan kami duduk jauh2, suami selalu cakap, kalau boleh dia nak eka berenti keje, duduk dekat dengan die n jaga anak. Bukan ape, eka belum dapat tukar lagi. Tu suami mcm give up je tgok keadaan eka yg berbadan dua, jauh dengan dia. Eka ingat satu hari nanti, mungkin eka akan jadi housewife jot. Buat bisnes ke. Kan.

    Mimi, cantik tabsih ni. Eka suka tengok

    ReplyDelete
  3. Mimie kena ingat rezeki tu allah yg pegang. Buat apa yg mimie minat. Plg senang biz dropship baju ibu menyusu, jubah, brgn kanak2 mcm buku, toys, sambal sreng pun ada dropship tau. X payah nk keluar rumah pun. Kalo nk biz shaklee kontek sue k (eh jgn marah tau...kongsi je)
    ;)

    ReplyDelete
  4. buat je apa yang mimi pandai dan minat.. jangan risau soal caras bisnes orang ke apa.. rezeki semuanya datang dari Allah.. selagi tak mencuri atau merompak.. ia hasil titik peluh mimi sendiri.. yang paliugn penting rezeki yang HALAL.. yea takk? heee... caiyo caiyoo

    ReplyDelete
  5. BANYAK PAHALanya. rezeki itu semua adalah hak allah. moga biz mimi terus maju

    ReplyDelete
  6. bestnye suri rumah.. apa yg kita buat yg penting niat kita. gud luck!
    *cantik tasbih tu saya suka! saya suka! hehe.

    ReplyDelete
  7. pada saya kan.. takde istilah caras bisnes orang.. Allah dah tentukan rezeki masing masing.. walau pun berniaga benda yang sama.. Allah dah tentukan rezeki orang tu banyak mana, rezeki kita banyak mana.. So sepatutnya tak timbul soal dengki mendengki..Yang penting.. doa supaya dipermudahkan rezeki kita..Jangan takut.. Buat apa yang kita minat lebih penting lagi.. sebab.. kalau kita minat benda tu.. tentu kita akan buat dengan sepenuh hati.. hasilnya tentu lebih baik lagi.. jangan risau orang kata apa.. yang penting niat kita baik dan insya allah allah akan permudahkan jalan.. selamat berjaya tau..

    honestly.. saya jeles kat orang yg jadi surirumah..sebab saya belum mampu lagi.. hopefully near future boleh jugak..

    ReplyDelete
  8. saya pon cemburu dengan surirumah...dapat jaga makan pakai suami dan anak-anak...insya Allah, one fine day...

    walau apapun awak buat, ikhlas dan niatkan kerana Allah...ketepikan kata2 negatif...kuatkan semangat dan teruskan berusaha...mudah2an murah rezeki...insya Allah...

    ReplyDelete
  9. cantiknya sis tasbih tu :) rezeki allah ada dekat mana2 sis. kalau kita beusaha in sha allah allah bagi :)

    ReplyDelete
  10. Mimie x perlu nak fikir negetif, mcm lya pun buat masa ni jdi suri sepenuh masa pun fikir nak buat sesuatu yg dpt ringnkn beban suami..insyallah pasti da rezki buat kita

    ReplyDelete
  11. akak teruskn usaha ye nana yakin tasbih ni boleh dapat sambutan ,:) rajin akk

    ReplyDelete
  12. Cantik tasbih tu ... Nak buat GA ker nanti ??

    ReplyDelete
  13. sy pon risau bila asben bgtau hasrat nye nak balik kerja kt kg segamat.nk kerja apa sy kat sana? sy bukan jenis duduk rumah je..x bolehh.. plus bukan jenis nak mintak itu ini kat laki..lebih suka pakai duit sendiri.. alaa.. x yah laa pikir caras bisnes org tu.. rezeki masing2 kann.. good luck ye awak

    ReplyDelete
  14. Rezeki masing2 mimie.. ok la tu xbkerja kt lua bt kerja dlm rumah.. klau dah btl minat trskan usaha... chiyok2

    ReplyDelete
  15. bestnya jadi suri rumah, buat bisnes online je kak tasbih tu. mesti ada je nanti order masuk kan

    ReplyDelete