Berniaga Kena Bersabar.

Wednesday 20 April 2016

Assalamualaikum..

Orang kata kalau kita nak berniaga ni, kena la banyak-banyak bersabar. Bukan senang kita nak berniaga ni. Kalau nak berharapkan keje kat luar sana, tak semua orang bernasib baik kan? Kalau memang ada kerja tetap tu, kira okay la kan. Ada penyelamatnya juga la.. Kalau yang takde, kena la pikirkan cara yang terbaik untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga.



Tak kira la apa caranya sekalipun, janji dapat income yang halal, kan? Macam saya sendiri, kalau nak dapat keje gov. tu kira jangan mimpi dah la kan. Maklumlah, yang lebih baik diluar sana tu pun bukan senang nak dapat peluang pekerjaan. Apatah lagi kita ni yang hanya sekadar 'cukup-cukup makan' je..



Dan sekarang ni, saya pikirkan berniaga adalah yang terbaik. Tapi berniaga tu bukan atas niat nak caras bisnes orang la ye. Kita usahakan sikit-sikit. Dulu, saya buat dropship. Tapi payah sangat nak bergerak. Tak kira la kosmetik ke, kain pasang ke, baju readymade ke, memang nak dapat customer tu tuk sebulan sorang pun susah. Susah sangat.

Memang naik putus atas. Yela, siapa tak give up kan..? Setahun lebih juga la try. Tak membuahkan hasil. Sampai satu tahap tu, saya niat, start bulan 1,2016 ni, saya nak slowkan jadi dropship. Taknak berharap. Taknak stress. Ada yang boleh dipromote, saya promote. Ada orang beli ke tak, belakang kira. Sebab kita ada seorang cousin ni. Kita selalu juga tanya dia, cerita kat dia la pasal susahnya nak dapat customer. Dia banyak bagi semngat. Bila dia kata, promote je.. Sebab tak semestinya harini promote, terus orang nak beli.


Yup, betul kata dia. Saya buat biasa je dengan dropship ni. Taknak stress. Alhamdulillah.. Sekarang ni ada yang membeli. Harga in shaa Allah saya letak paling mampu milik. Saya pun paham, tak semua orang senang nak dapatkan duit, termasuk saya sendiri. Janji dapat terjual sesuatu barang tu pun dah buat saya happy.

Dan lagi 1, kita suka sangat baca blog Sepet, dari sebelum dia kawen, sampai la sekarang anak dia dah 2. Suka baca sebab tengok life dia best je. Sekarang dah maju dengan produk sendiri. Hebat dan terkagum dengan dia. Terkagum sebab kami umur sebaya. Dia dah berjaya. Tapi kita.. Erm... masih merangkak lagi dalam mencari sesuatu. Takpe, janji kita ada usahakan? Betul tak?

Memang mula-mula rasa segan tu ada. Yela, mungkin orang pikir, 'ehhhh, terdesak sangat ke dia ni sampai buat bisnes macam ni'.. Ye saya tahu, mesti ada punya yang pandang macam tu. Tapi Allah lebih tahu kenapa saya kena juga usaha sendiri. Saya pernah bekerja selama 6tahun sebelum berhenti duduk rumah. Ye, saya tahu, ni pilihan saya sebab saya dah bekerluarga. Sebab saya pernah bekerja, saya jenis taknak berharap sangat dengan pemberian orang. Even suami, saya tahu, dia pun kerja penat-penat, tak kan saya nak main tadah tangan je kan mintak itu ini. Nak minta sesuatu kena pikir banyak kali.

Dan sebabtu saya rasa, saya nak cari income sendiri juga. Alaa, orang kata lepas sikit-sikit pun jadi la kan walaupun tak banyak. Janji ianya halal dan sangat-sangat buat saya happy. Dapat 1 customertu happy macam dapat 10 customer. hihihi..


Sekarang ni, saya memang beri tumpuan habis pada bisnes sambal ikan bilis ni. Ye, saya tahu ramai je orang boleh buat.. Tapi bak kata orang, kalau kita tak cuba, kita tak tahu kan. Alhamdulillah. Setakat ni dah 20 bekas juga kut terjual. Walaupun tak besar mana jumlahnya, tapi saya bersyukur, ada yang memberi kepercayaan pada saya.

Dan saya juga masih lagi buat bisnes brooch. Saya tahu, buat brooch ni memang tak berapa jalan sangat. Sebab orang suka yang blink blink gitu kan? Tapi ni juga salah 1 kemahiran yang saya ada. Jadi kenapa tidak saya keluarkan. Orang kata, kalau ada orang nak menempah, saya menerima je dengan hati terbuka.


Kalau ada kawan-kawan yang nak order direct terus dengan saya, sambal ikan bilis ni atau brooch, boleh je terus whatsApp saya ye. Sekarang ni saya dah naikkan sikit gram ikan bilis sambal tu. In Shaa Allah,niat saya sambil bersedekah. :)

Kalau nak survey-survey baju ke, boleh la terjah ig kita ye.In shaa Allah, harga semurah yang boleh kita bagi. hehehe.. Jangan segan-segan tau. 

khadijahwardrobe_nsms - instagram..

11 comments

  1. betul berniaga bukan mudah, kena rajin usaha dan bersabar. InshaaAllah Allah akan bagi rezeki. Penting juga untuk menjemput rezeki :)

    Good luck untuk bisnis mimie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amen.. Mekasih sis suhailah.. ;)
      Kita cuba la selagi blh kn..

      Delete
  2. semoga mimie sentiasa dimurahkan rezeki..aminn..good luck dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama pnat xberkunjung kt cini..hihii..sihat ke??

      Delete
    2. Shat Alhamdulillah.. Teringin nk thu perkmbngn pinas.. Hehe

      Delete
    3. hehe..pnat lps je bersalin trs lupa nk buka blog..huhu..sekarang ank pun dh bsr..bln dpn nk msk setahun dh..zahra pun dh bsr kn..

      Delete
    4. Share la cite bby.. Heee.. Teringin nk tgk bby pinas..

      Delete
  3. semoga kak mimie dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki aamiin.. :D

    ReplyDelete
  4. Good luck ya mimie..kita yg da trbiasa kja bila x kja msti rasa lain sgt kn..tujuan kita kja pun nak bntu ringankn beban suami kn..

    ReplyDelete