Voucher Zalora Rm100 Ketiga

Thursday 21 April 2016

Assalamualaikum..

Orang kata, kalau kita berblog ni nampak sesuatu hasil, memang seronok. Lagi bertambah semangat nak berblog kan. Kalau dulu orang kata berblog ni sekadar tempat meluah perasaan je. Taip-taip, pastu publish. Orang baca ke tak, belakang kira. Tapi kalau takde orang baca pun, macam tak best la pulak kan? Betul tak?

Sekarang ni, berblog pun dah macam 1 pekerjaan juga. Cuma, kalau kita bekerja tu, dapat la income yang tetap, kan.. Kalau berblog ni, ikut nasib la.. Kalau rezeki baik, melimpah ruahlah rezeki tu.


Bercerita pasal rezeki, harini nak share sikit la pasal rezeki yang saya dapat dari berblog ni. Rezeki ni tenggelam timbul. Hehehe.. Sebab bukan selalu ada peluang. Harap lepas ni pihak ZALORA sudi la nak berkolaborasi lagi dengan saya. In Shaa Allah, rezeki kan. Tak kan saya nak tolak. hehehe.. Nampak tak.. Berharap juga ni kalau pihak Zalora masih sudi nak ambik blog kita ni tuk berkolaborasi. *wink-wink



Haritu ada la review sikit cerita mengenai Style Instant Shawl Terkini. Pastu terpikir-pikir nak tebus apa pula voucher kali ni. Baju sebelum ni dah pernah dah. Bagpack pun dah pernah. Purse untuk daddy zara pun dah pernah. Ingat nak ambik handbag untuk diri sendiri. Tapi banyak pula yang berkenan, tapi harga kena tambah $$ sendiri. hehehe..

kalau boleh, nak cuba la taknak membazir, just reward ikut amaun yang diberikan je. Ntah macam mana, terfikir la nak reward tudung untuk diri sendiri sempena besday pada 16 April haritu. Bak kata orang, sesekali nak juga rasa kepuasan untuk diri sendiri kan?

Makanyaaa... inilah pilihan saya. 6 helai tudung Aidijuma. Kebetulan haritu cerita pasal tudung, jadi kita rewardkanlah diri kita dengan tudung baru. hehehe



Ni namanya mencari kepuasan diri. Hehehe.. macam-macam tudung berkenan. Tapi mengenangkan tak tahu tudung-tudung instant lain tu serasi & sesuai tak dengan muka, jadinya kita ambik je la bawal ni.. Senang kan..


Salah 1 corak dari tudung yang di tebus.. Comel je kan... hehehe.. Nanti kita dah pakai, kita up sikit gambar kat blog ni ye..



rezeki 2014 : Bagpack
rezeki 2016 : Baju & Wallet
rezeki 2016 : Tudung Aidijuma

14 comments

  1. Alhamdulillah, moga lebih banyak rezeki yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. comeiii berbaloi dpt 6 helai tudung terus.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, bestnya dapat voucher zalora. ^^

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah :D nak tanya, macam mana boleh dapat peluang macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih. Yng ni pihak dari zalora sent email dik. Bgthu nk collabrate. Dia bg artikel, kita share la kt blog. :)

      Delete
  5. alhamdulillah tahniah :D nak tanya, macam mana boleh dapat peluang macam ni?

    ReplyDelete
  6. wahhh tahniahh..sy baru sekali dapat ehhe tapi tu pun belum guna lagi sebab tak tahu nak beli apa :D

    ReplyDelete
  7. Bestnya murah rezki mimie d blog..lya pun tringin jga nak mrasa brg dri zalora ni tpi x pernh lgi d beri pluahg huhu

    ReplyDelete
  8. hehe. kan. best. tulis je dapat hadiah. daripada zalora pula tu. PG pun da tebus untuk kali ketiga :) harapnya nak dekat raya nanti, akan ada satu. hahaha.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Rezeki anak juga tuh..

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa... Alhamdulillah rezeki . =)

    ReplyDelete