BAKAT : Mesyuarat Agung Tahunan

Thursday 12 May 2016

30 April 2016

Assalamualaikum..

Entry throwback. Saja nak buat kenangan dalam diari ni. Nanti akan datang kalau tengok balik, mesti rindu semua ni..

30 April haritu join BAKAT. Ada mesyuarat agung tahunan. Kiranya kali ni macam lambat je mesyuarat agungnya. Tahun lepas rasanya awal. Dalam bulan 1 ke 2 macam tu. Ingat-ingat lupa.

Bila pergi BAKAT ni yang bestnya sebab dapat jumpa kawan-kawan. Maklumlah, housewife ni kan tak keluar bekerja. Jadi ni la masanya nak keluar jumpa kawan-kawan sambil tanya khabar.


Selalunya mereka yang bekerja ni tak berapa minat nak join BAKAT ni sangat. Macam-macam reason didengar. Tapi palingggggg pantang kalau saya dengar ada yang cakap BAKAT ni MENGARUT. hoiiiihhh.. Mandai je kata bakat ni mengarut eh.. Dah taknak pergi, tak nak join jangan sesuka hati cakap camtu. Pastu kalau tak tahu pape, pandai pula ko nak salahkan orang.

Bakat ni sebenarnya bagus. Saya suka je setakat ni. Sebab banyak ilmu kita boleh dapat. Macam dalam mesyuarat agung ni haritu dorang buat perbincangan nak kukuhkan untuk menambahbaikkan lagi program. Tapi saya tak dapat nak dengar sangat. Kesnya zara ngamuk nak tido. Terpaksa kuar dewan sekejap sementara nak tunggu ddy zara sampai.


Yang sempat dengar pasal nanti nak buat Hari Keluarga. Yang ni i likeeeeeee sangat. Yela, program macam ni best tau. Macam tahun lepas, sempat juga join hari keluarga tu. Ehh, hari sukaneka dorang buat. Sebelum tu, malam semalamnya dorang buat majlis hari raya. Memang happening la.. Rugi tau kalau wife-wife army tak join sama. Bukan tiap-tiap hari / tiap tiap bulan ada program.


Selesai segala perbincangan, tentunya ada jamuan.. Time jamuan ni la dapat sembang puas-puas. Nak tanya itu ke ini ke, time ni la kan. hehehe..Time makan ni zara dah balik ngan ddy, ngamuk nak tido sebab pagi kena bangun awal. Selalu bangun pukul 10. Tiba-tiba haritu bangun pukul 7 lebih, maunya tak ngantuk. Sempat la makan dengan aman. heheh


Teringin bebeno sebenarnya nak makan nasi lemak. Nak buat pula malas. Sebab ddy zara macam tak layan je nasi lemak ni. Nak beli, macam tak berbaloi nak menapak turun tingkat 4 kan. Tiba-tiba datang rezeki masa pergi BAKAT haritu. Nikmatnyaaaa la hai!.. Sedap!...

Kalau zara ada, tak dapat la nak layan makan puas-puas. hehehe..

Lepas ni tak tahu la bila lagi akan ada BAKAT. Sebab ni pun dah nak puasa kan? Puasa jarang ada program. Tunggu raya nanti. Huuiii.. tak sabar pula nak tunggu program raya. hehehe..
time tu dapat la makan lemang ketupat!.. =)

1 comment

  1. untung pergi meeting dpt beramah mesra..n yang pnting dapat mkn best2..hihi

    ReplyDelete