Tudung Sekolah Berawning Lembut

Thursday 28 July 2016

Tudung Sekolah Berawning Lembut


Assalamualaikum.. Hai..

Zaman sekarang ni banyak perkara dipermudahkan, kan? Untungnya la hai. Yela, zaman teknologi maju..

Sekarang ni apa yang saya perasan, tudung budak untuk ke sekolah pun dipermudahkan. Bukan macam zaman kita dulu. Jenuh nak iron tudung 2lapis tu. Besar pulak tu. Pastu bila pakai kadang tang 'awning' dia tak berbentuk dengan elok. Habis terkelepet.



Zaman sekarang ni, anak-anak dah dipermudahkan dengan pemakaian tudung berawning lembut. Bukan untuk cantik semata-mata pada saya. Tapi kekemasan dan memudahkan anak-anak juga.

Zaman sekarang ni kan, anak-anak kecil dah pandai bertudung. Rasa saya, tudung ni amat bersesuaian juga. Tinggal sarung sahaja. Bukan macam zaman saya seklah dulu. Perlu diletakkan jarum peniti supaya tudung tidak tercabut. 

Bagi mommy yang tengah pening nak mencari tudung sekolah anak yang baru, apa kata terjah saja banner diatas ya.. Moga-moga perkongsian saya ini dapat membantu para ibu diluar sangat. :)

in shaa allah 

3 comments