Update Mood Positif!

Tuesday 27 September 2016


Update Mood Positif!


Assalamualaikum. Morning...

Orang kata nak berjaya kena sentiasa Positif kan diri. Tak kira la apa jua pun yang kita lakukan. Yela, kalau takde perasaan untuk menerbitkan mood yang Baik, macam 'mana juga sepanjang hari kita nak mendapatkan mood yang Baik dan selesa kan?
.
So, pagi ni kita cuba berfikiran Positif. Walaupun saya tahu, diri saya bukanlah seorang yang hebat!.. Kalau saya nak terbitkan rasa yang Positif dalam diri senang je. Sebelum anak terjaga, kemas rumah bagi nampak kemas. Janji mata kita tak serabut memandang. 😂😂
.

Selesai semua, cuba update Blog, Walaupun takde readers, tapi, bila kita dapat menulis sesuatu, dapat meluahkannya, kita akan rasa lega. Memanglah kalau boleh kita nak setiap apa yang dikongsi Itu, dibaca oleh kawan-kawan yang lain kan? Tapi kita tiada hak untuk memaksa. 
.
Sejujurnya, suatu ketika dulu, setiap entry saya yang ditulis sentiasa mendapat komen dari pembaca. Kini tidak lagi. Pernah rasa give up, sebab semua tu punca dari diri sendiri juga. Silap saya, saya sendiri tidak seperti dulu. Tidak Boleh menerjah ke Blog kawan-kawan yang lain. Kekangan masa, Kehidupan telah 360 darjah berubah.
.
Tapi apa yang saya cuba Positif kan diri, kita menulis kerana kita suka menulis. Jangan pernah memaksa orang untuk membaca dan menyukainya. Tidak semua orang sukakan penulisan kita, Walaupun kita rasa penulisan kita Itu telah sehabis Baik. ☺
.


Nota : Terima Kasih Pada Kawan-Kawan Yang Sudi Singgah Baca Dan Komen. 😘😘😘
Bagi yang singgah, baca dan komen, boleh juga drop url Blog ya. Senang saya nak memaksa kunjungan.

6 comments

  1. Asalam mimi, memg kita akui lma btl x myinggah cne.aduhh slhkn diri sndiri sbb memg bz2 sgt skrg ni.nak aktif mcm dulu mungkin x dpt suda ni

    ReplyDelete
  2. Teruskan menulis, saya setia untuk membaca coretan mimi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Reader setia mimi....
    ^_^

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    Reader setia mimi....
    ^_^

    ReplyDelete
  5. inshaAllah, saya sentiasa menantikan entry baru mimi

    ReplyDelete
  6. in shaa Allah
    cuba buat yg terbaik..
    yg pntng njoi k

    ReplyDelete