Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 2

Tuesday 10 January 2017


Throwback : Zara Bakal Jadi Kakak? Part 2



Assalamualaikum. 

Harini saya share lagi cerita seterusnya eh.. kalau belum baca cerita sebelum ni boleh terjah kat sini --> Throwback - Zara Bakal Jadi Kakak? Part 1

Sebab lain kan saya tak share cerita pregnant ni sebab, masa disahkan pregnant dalam 8week macam tu, saya ada buat scan di klinik luar. Pastu masa tu, zara still bfeed. So tanya dengan doc, boleh ke bfeed kan anak dalam masa sama pregnant? Sekali doc cakap 'stopkan. Peluang untuk gugur adalah tinggi!.'

Haaaa, kalau korang kat tempat saya macam mana? Confirm perasaan tu bercelaru kan? Walaupun rata-rata ada je ibu yang bfeed tapi pregnant kan? Pastu mak pun suh stopkan bfeed zara. Pastu ada makcik² pun cakap suh stopkan. Allah, perasaan tertekan tu sedikit sebanyak ada. Sebab tu juga blog banyak terbengkalai tak berupdate. Sebab emosi sendiri tak stabil. Last-last rujuk juga dengan adik ipar yang nurse tu. Dia kata takde masalah. Kalau badan still kuat. Makan pun still terjaga. Nak stopkan bfeed tu bukan senang. Bukan boleh cakap 'ok, zara tak boleh nak susu lagi kat mama tau'. No, No, No..




Then tak silap 03 jun 2016 kalau tak silap appoiment buka buku pink kedua. Yeayyy.. happy. Tak silap hari tu, hari jumaat. Pastu doc bz. Tak sempat nak buat scan. 06 jun 2016 (isnin) kena datang ke htd balik untuk scan. Haaaa, time ni pun ada 1 kisahnya pula. Masa ni kandungan dah 12week. Tapi kata doc yang scan, baby membesar dalam 10week ++ je. Lagi sekali perasaan serba salah, bercelaru tu muncul. Terus pikir, sebab bfeed zara ke baby tak membesar?? Risau la effect kat baby kan.

Doc cakap takpe, lagi 2week repeat scan. Nak tengok tumbesaran baby macam mana. Membesar ikut minggu ke tak. Dalam tempoh 2 minggu ni juga la pulun minum susu anmum hari-hari walaupun tak lalu.. Sebab berharap agar baby membesar dengan baik then baby dapat zat semua secukupnya. 

Elok repeat scan 2minggu kemudian, dengan doc yang lain. Alhamdulillah baby membesar ikut minggu dia. Lega hati & perasaan. So dorang follow la due 22disember2016. Kalau baby still kecik, due dorang tukar kepada 31disember2016. Haaaa.. sungguh-sungguh hujung tahun tarikh dia tu. 

Checkup kali ni kena la ddy zara temankan. Sebabnya zara takut kalau nurse nak check mama dia ni. Terjerit-jerit nangis kata takut. Haha. Dia trauma betul dengan nurse lepas kes dia kena cucuk ambik darah masa kena hfmd. Pernah la ada sekali tu pergi checkup tanpa ddy zara. Ingatkan ok je. Sekali.. erm.. nurse la kena tolong handle kan zara sebab masa nak scan, zara meraung takut. 

Start dari tu, merasa la pergi checkup berteman. Ddy zara takleh nak ngelak. Hehe.. Masa pregnantkan zara ok je berdikari pergi sendiri. Kali ni tak dapat la. Lagipun teman dalam setengah jam ke 45minit je pun. 

Alhamdulillah, rekod checkup kali ni okay, baik je.. tapi....

Nanti kita share tentang rekod kesihatan tentang checkup pulak eh..

8 comments

  1. Allhamdulillah.... jg kesihatan sis:)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah yg penting semuanya selamat..
    nk tahu bersalin normal ke kali ni?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. dugaan juga ni. Takpelah yg penting adik baby sihat walafiat. Hihiii bila dah beranak ramai & dekat, mmg kena berteman nak ke kk. Sheila dah merasa...penatnya hahaha takleh terlalu berdikari.

    ReplyDelete
  4. Syukurla semuanya suda slmt kn

    ReplyDelete
  5. Salam alaik kak. Lama dh tak jenguk. ya Allah dah besar dh anak sulung. Dulu last tengok masih baby! And otw nak dapat adik baru dia tu OMG! Semoga semuanya selamat

    ReplyDelete
  6. Dah ber4 dah sekarang.. Tahun lepas ber3 ye.. Heee

    ReplyDelete
  7. Dah ber4 dah sekarang.. Tahun lepas ber3 ye.. Heee

    ReplyDelete