Kuning @ Jaundis

Monday 13 March 2017

Kuning @ Jaundis


Assalamualaikum. Selamat malam.  Terasa nak share sesuatu kat blog ni sebagai kenangan. Mana tahu bila anak soleh mama besar nanti, blog ni masih ada, boleh baca kisah masa kecik kan. Dulu cerita pasal kalak, ni share pulak cerita pasal adik.



Jaundis!

Tak sangka anak soleh mama, zhareef akan kena jaundis. Masa zara lahir dulu, alhamdulillah langsung takde kena jaundis. Dugaan Allah. Kalau DIA nak uji kita, tetap akan uji juga kan? Siapa kita nak menolak ketentuan Allah ni.

Masa zhareef lahir, petang tu perasan dan muka dia merah kuat then nampak kuning-kuning. Tapi kuatkan hati dan perasaan kata takde kut. Sebab sejak lahirnya zhareef, dah janji dengan diri sendiri, tak nak rasa stress. Tak nak bebabkan hati & perasaan. Nak rasa tenang je sekalipun kalau baby meragam berjaga malam.

Alhamdulillah, saat entry ni ditulis, zhareef dah 2bulan 19hari. Memang langsung takde rasa stress tu. Berjaga malam pun relax je. Syukur sangat. Berbalik pada cerita jaundis ni, Zhareef lahir hari khamis pagi. Jumaat balik rumah. Hari sabtu pagi nurse buat lawatan pertama dekat rumah.  Pastu nurse suruh pergi klinik kesihatan greentown. Nurse kata pergi sekarang sebelum tutup. Terus bergegas ke sana.


Sampai sana bermulalah episode belajar cara nak handle keadaan baby jaundis ni. Nak kena cucuk ambil darah then jumpa doc untuk tahu result bacaan dia. Rasa nak menangis pun ada. Rasa macam, apalah silap mama sampai adik jadi mangsa kena cucuk ambik darah sebab jaundis ni. Terasa macam salah diri sendiri je sebab adik sakit kena cucuk hari-hari.

Ni nilai bacaan sepanjang check jaundis

Kronologi kuning

22.12.2016 : Hari Lahir
23.12.2016 :
24.12.2016 : 158
25.12.2016 : 162
26.12.2016 : 191
27.12.2016 : 192
28.12.2016 : pantauan
29.12.2016 : 194
31.12.2016 : 219
01.01.2017 : 186
03.01.2017 : 186

Ada lagi last-last bacaan di kkia, tapi lupa nak update. Tapi ada penurunan la.. Mama try juga la apa-apa yang orang suggest. Sekadar mencuba. Try mandikan dengan air daun asam belimbing besi. Tapi tak jalan. Bacaan makin naik. Ok. Try stop daun tu. Cuba juga mandikan dengan daun pokok dukung anak. Tak juga turun. 😥😥
Malah naik sikit. Ok, stop try.

Cuba bagi setitik air anggur hitam. Pun tak berhasil. Bacaan naik sikit. Stop semua. Malas nak cuba. Try sembang dengan kak TB. Katanya cuba stop makan yang masin-masin. Masa tu lauk pantang ikan bilis goreng salut tepung tu. Try stop makan tu, alhamdulillah, bacaan dari 219 turun kepada 186. Allah, masa tu happy bukan kepalang lagi.

Yela, siapa tak risaukan. Anak. Sakit anak, mak pun rasa juga. Start tu stop makan nasi berlauk ikan bilis. Alhamdulillah juga la, Allah berikan dugaan, DIA datangkan juga hikmah. Susu badan untuk zhareef lebih sikit kali ni berbanding zara. Memang sampai mengamuk si adik ni mama paksa nyusu. Demi nak turunkan bacaan jaundis dia.

Mama ni sampai psiko diri sendiri cakap, adik dah tak nampak kuning dah. Tapi bila check je, bacaan tak turun banyak. Tapi i don't give up. Dok cakap dalam diri. Masa zara Allah dah beri kesenangan. So kali ni DIA uji untuk pengalaman kita mungkin untuk masa akan datang kan. Alhamdulillah, kuat hati ni.

Ikutkan sebulan juga la anak soleh ni kena jaundis. Dah mama ni darah O kn. Terang-terang la untuk kena jaundis tu tinggi. Nurse cakap kalau kena jaundis ni lambat turun. In shaa Allah takde masalah apa. Cuma kena la pantau. Tu je la. Berulang alik la ke klinik dalam tempoh sebulan berpantang tu. Dah macam tak berpantang pun ada.

Nak buat macam mana kan. Tu yang perlu ditempuh demi anak tersayang. Alhamdulillah, checkup sebulan anak soleh ni di HTD Gemas. Tak perlu continue checkup jaundis dah. But sebagai mama, tentunya juga mama pantau keadaan anak soleh mama ni.

2 comments

  1. Oh,kalau mak darah O, anak senang kena jaundis ye..baru tahu benda ni.nice info.boleh buat panduan para ibu.

    ReplyDelete