Showing posts with label Gosip-Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip-Gosip. Show all posts
Assalamualaikum.. Harini nak share la sikit tentang info menarik yang kita ada terbaca tadi. Dengar-dengar Drama NUR yang meletops masa bulan puasa haritu bakal keluar siri 2. Sukaa ke tidak?
Kalau kita tentunya la suka. Maunya tak suka. Sebab rasa macam tak puashati pulak drama tu habis macam tu je. Why semua orang tak minta maaf dengan NUR?? Why??
Ehhh tetiba emosi pulak. 😅
Tak sabar pula nak tengok siri 2 Drama Nur ni. Harap harap dapat memberi kesan sepertimana Drama NUR yang lepas tu la kan..
............................................................
Petikan dari Harian Metro
PENERBIT dan pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin atau Ezad, tidak mahu terlalu memikirkan pandangan pihak yang tidak bersetuju apabila produksinya Radius One dan TV3 memutuskan untuk menghasilkan Nur 2.
Pada waktu sama, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kehendak penonton setia yang ingin mengetahui kesudahan watak utamanya Nur lakonan Amyra Rosli yang dipujuk Ustaz Adam (Syafiq Kyle) untuk kembali bersama dan watak antagonis, Hamadi (Azhan Rani).
Ketika dihubungi, Shahrulezad berkata, sebaik Nur yang ditayangkan di TV3 tamat, ramai yang memberi komen kesudahan karyanya seperti tergantung.
“Rata-rata meminta saya menghasilkan drama Nur 2, kerana mereka mahu tahu apa yang berlaku kepada Nur dan Hamadi. Tetapi saya seperti yang umum tahu tidak pernah menyambung mana-mana karya yang pernah dihasilkan walaupun ia turut mendapat sambutan sebelum ini.
“Begitupun selepas ramai yang meminta ia disambung termasuk pihak TV3, akhirnya saya akur. Itupun setelah saya memperoleh jalan cerita baru dan dipersembahkan kepada pihak stesen. Mereka yakin dan bersetuju dengan cerita itu,” katanya.
Kata Ezad, sebelum ini ramai yang mendesak, tetapi hatinya agak berat. Sehinggalah semua pelakon akhirnya bersetuju untuk kembali menjayakan Nur 2, sehingga dia sudah tidak punya alasan lagi untuk menolak.
“Saya juga bersetuju dengan kenyataan diberikan pihak stesen yang menegaskan bahawa Nur 2 dihasilkan bukan untuk menandingi Nur. Perbandingan juga adalah perkara biasa apabila Nur 2 disiarkan nanti.
“Sepanjang menghasilkan Nur saya tidak pernah meletak harapan atau mengharapkan ia menjadi fenomena, tetapi kejayaan diraih adalah rezeki. Jadi mengapa apabila mahu menghasilkan Nur 2, saya perlu memikirkan perkara itu,” katanya.
Assalamualaikum..
google
DRAMA bersiri Cinta Si Wedding Planner semakin mendapat perhatian penonton slot Akasia di TV3.
Di sebalik penglibatan Adi Putra, seorang lagi teraju utamanya yang memainkan peranan sebagai Izara Batrisya mula menjadi perbualan peminat seni.
Bukan bersandarkan paras rupa semata, tetapi empunya nama Nur Amirah Filzah Badioezaman berjaya memikat hati penonton kerana personalitinya sebagai seorang perancang perkahwinan menerusi drama bersiri itu.
5 JANDA MUDA HOT ANAK DUA | Selepas perceraian Fasha Sandha, menambahkan lagi bilangan selebriti yang bergelar Miss J di negara kita.
Berikut disiarkan lima selebriti janda muda hot yang mempunyai dua orang cahaya mata.
Semalam kita dikejutkan dengan berita pertunangan antara pelakon Nazim Othman dengan pelakon cantik Bella Dally. Nazim melalui akaun instagramnya mengakui perkara tersebut.
Seperti orang lain, Fasha juga sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya, namun tidak berjaya.
Hujung tahun lalu, pelakon drama Hello Mr Perfect, Ruhainies, 24, bercuti bersama keluarga di Amsterdam dan London selama 16 hari.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, percutian itu adalah yang pertama sepanjang bergelar artis.
“Sudah jadi tradisi keluarga saya akan bercuti pada hujung tahun. Pada 2014 kami ke Korea dan hujung tahun lalu Eropah pula jadi destinasi pilihan.
“Meskipun nilai mata wang negara jatuh, saya dan keluarga tetap meneruskan percutian ini memandangkan sudah lama dirancang,” katanya.
Beberapa hari lalu, pengacara rancangan 999, Hazlin Hussain sah menjadi isteri kepada pembaca berita Buletin Utama TV3, Mior Abdul Malek Raiyani dengan sekali lafaz. Rasanya masih belum terlambat untuk MH mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan ini.
Ketika dihubungi, semestinya menerima cahaya mata dalam awal perkahwinan antara perkara yang dinantikan buat pasangan ini. Sekaligus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
"Seperti pasangan lain, sudah pasti selepas berkahwin mahu menimang cahaya mata. Memandangkan usia saya juga dah banyak jadi saya tidak mahu merancang soal anak.
"Sejak dulu saya memang mengidam nak anak kembar. Jika ditanya impian saya sudah pasti saya mahu menimang cahaya mata kembar jika diizinkan Allah," kata Hazlin.
Mereka yang sudah berkenalan sejak 12 tahun yang lalu sudah memiliki perancangan tersendiri soal kerjaya mereka. Walaupun jadual kerja mereka sangat padat, Hazlin sebolehnya akan membahagikan masa yang terbaik untuk keluarga dan kerjayanya.
sumber : SINI
tahniah!!
Ya Allah.. tak sangka dorang dah kawin.. alahai.. sweetnya.. sama cantik sama padan kut..
moga diberi keizinan dari allah untuk untuk mereka miliki twins baby.. ;)
assalamualaikum..
Dengan sekali lafaz, pelakon Farah Nadia Bt Zainal Abidin atau Nad Zainal sah bergelar isteri kepada pasangan pilihannya Muhammad Faliq Amiruddin. Pengantin perempuan menerima mas kahwin bernilai RM 350.00 dan majlis ini telah diadakan secara tertutup di mana hanya melibatkan ahli keluarga sahaja di Bukit Jelutong.
Manakala majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama, pada sebelah malam The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, yang mana dihadiri teman rapat, sanak saudara dan rakan media.
sumber : SINI
waaa.. tak sangka rupanya nad zainal dah pun bergelar isteri.. ingatkan main main je.. mana la tahu kan, kut kut muncul dalam drama ke.. hihihi
tahniah buat pelakon hebat nad zainal.. :)

tak sangka, pelakon cantik | anzalna nasir bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati. dan tarikh telah ditetapkan pada 21 februari 2016.
Anzalna Nasir, 27, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 27, pada 21 Februari 2016 menerusi satu sidang media khas di sini, sebentar tadi.
Pengumuman secara eksklusif itu diatur pihak stesen TV3 selaku penyiar rasmi majlis pernikahan Anzalna dan Hanif secara langsung dalam program hiburan Melodi di Sri Pentas, Bandar Utama.
"Seperti dijanjikan, hari ini segala teka teki mengenai tarikh perkahwinan saya terjawab. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak TV3 kerana sudi mengatur sesi sidang media ini.
Next >> sambungan
Assalammualaikum.. Hai readers..
Sedih pula rasanya dengar khabar dari Dato Ct. Belum ada rezeki nak miliki zuriatnya sendiri. Apa2 pun, kita doakan je la yang terbaik buat beliau kan. Mana tahu, mungkin lepas ni Allah nak kurniakan twins ke..

assalamualaikum.. hai readers..
kita semua sedia maklum, scha dan awal kini telah pun punyai seorang anak perempuan yang comel iaitu lara alana. yang kini telah pun berusia setahun 4 bulan.
makin comel lara bila makin membesar ni kan. kaletahnya buat orang geram. cute je..
kini scha telah pun bersedia untuk 'menambah ahli keluarga baru'.. namun belum diizinkan katanya.. dan kalau boleh inginkan 'twins baby'..
agaknya la kan, macam mana la kalau lara dapat adik twin... hihihi.. seronok la dia dapat 2 orang kawan sekaligus kan?
apa-apa pun kita doakan aje la yang terbaik buat beliau..
nak teruskan pembacaan dari scha? boleh klik >> SCHA IDAM ANAK KEMBAR <<

sebelum ni dengar desas desus je kata jimmy shanley ni sebenarnya dah kawin lain.. dan dah ada anak perempuan. tapi tak pernah pun tahu sebab rasanya tak pernah pula terbaca kat mana-mana..
ada sebab kenapa jimmy taknak dedahkan hal ni terlalu awal kan?
setiap orang ada hak privacynya yang tersendiri.. mungkin jimmy ambil masa nak dedahkan semua ni..
kini jimmy shanley buat pertama kalinya muncul dalam majalah keluarga. comelkan hannah shanley ni.. bambamnya la hai..
okay la.. nak tahu lebih mendalam kisah jimmy boleh teruskan baca di sini >> MARIAM DAN HANNAH KEBAHAGIAAN KINI BUAT SHANLEY <<

Assalammualaikum.. Selamat Pagi..
Alhamdulillah.. Pagi ni terbaca berita yang sangat baik.. Benarkah Dato' Ct Mengandung?? Jika benar.. Alhamdulillah.. Lama dah kan kita semua menanti berita kehamilannya kan?..
Pasangan mana yang tidak mahukan zuriat dalam kehidupan sebagai pelengkap kehidupan kan.. Alhamdulillah.. Melalui apa yang saya baca, usia kandungan Dato' Siti Nurhaliza masuk usia 2bulan.. Masih baru lagi.. Apa apa pun kita doakan moga kandungannya sentiasa dalam keadaan yang baik baik sehingga selamat dilahirkan..
Amen..
Sumber : SINI

Jika semuanya berjalan dengan baik dan rezeki menyebelahi, penyanyi bergelar ‘si jantung hati Malaysia’ itu dijangka bersalin sekitar Jun atau Julai 2016.
“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu,” jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Seluruh keluarga terdekat mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.
Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.
“Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu. Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil.
“Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan.
“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua.
“Apa yang penting, kita semua memberikan doa agar Siti Nurhaliza yang kita sayangi sentiasa sihat dan melahirkan bayi sulungnya dengan selamat pada tahun depan,” kata sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut.
Hasil siasatan Utusan Malaysia juga, Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.
Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.
Spekulasi kehamilan Siti Nurhaliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan.
Selain itu juga, gurau senda kedua-dua penyanyi berkenaan di pentas juga merancakkan lagi spekulasi mengenai kehamilan tersebut. Bagaimanapun baik Siti mahupun Khalid mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan hal berkenaan atas alasan tersendiri.
Sumber : SINI
Assalamualaikum buat teman setia disini.
sekarang ni heboh pasal kes ashraff muslim tu kan? rasa macam tak percaya pun ada.
kenapa la sanggup buat macam tu. kalau betul dia bernikah di thailand, tak ke menjatuhkan diri dia sendiri??
terperasan video ni. luahan hati dari bapa mertuanya..
dan kat fb pula orang share pasal nukilan hati dayana. sejauhmana kebenarannya, saya tak tahu nak kata. sebab saya tak dapat punca awal post tu.
copy paste!!
sedihnya baca nukilan Dayana.
...
"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "
Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!
Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...
apa pun yang boleh saya kata, jika benar2 ia ni terjadi..saya kasihankan pada wife dia dayana. sebab dia perempuan seperti saya juga.. hati perempuan, jika sekalipun mulut berkata boleh terima, tak semudah tu hati boleh menerima!.
baru berkahwin, dah terima pelbagai dugaan. moga dayana kuat untuk hadapi semua ni.

Assalamualaikum buat semua sahabat setia disini..
hai.. semua..
erm.. pelakon handsome izzue islam dah kawin dah.. melepas laaa korang.. termasuk la saya.. ehhhhh.. haip..haip.. haha.. xde kena mengena pun.. cukup la ada en.tunang sorang.. ^_^
kalau la saya tak layan cite Sebenarnya Saya Isteri Dia! tu, confirm tak tahu sangat tentang pelakon sweet ni.. makan hati la kan bila tengok dia dah kawin.. hehe.. not me ya.. :p
jom tengok gambar kawin dia yang sangat-sangat cantik ni.. =)

suka tengok gambar ni.. izzue nampak cute.. haha.. :p
ok laa.. kalau nak tengok gambar penuh, CLICK HERE ye..
minta izin saya share gambar ni ye.. creadit to terbaek.net
*apa-apa pun tahniah buat pelakon izzue dan isteri.. selamat pengantin baru.. * =)
Pelakon Siti Fazurina
terpaksa bernikah kali kedua selepas mahkamah mendapati perkahwinan kali
pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak
kerana memberikan maklumat palsu.
Akad nikah kali kedua
pasangan ini telah diadakan pada 20 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Batu
Gunung, Pulau Pinang dengan berwalikan adik kandung Fazurina, Mohd Firdaus Mohd
Famir, 22.
Memetik laporan mStar
Online, perkara ini disahkan sendiri oleh ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu
Bakar, 61;
"Pihak mahkamah
telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi
maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna
berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini.”
Fazurina dan Hykal
melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20
Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya tanpa pengetahuan ibu dan ahli
keluarganya lain.
"Saya sebenarnya
tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila
memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak
merestui hubungan mereka itu.
"Tiada seorang
ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini
(melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan
kebenaran," ujar Zubaidah yang belum terfikir untuk memaafkan perbuatan
Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.
sumber : Media Hiburan-Karangkraf
assalamualaikum & salam sejahtera..
Pelakon yang dikenali menerusi
drama 'Bini Bini Ku Perkasa', Fezrul Khan kini bergelar bapa apabila isterinya,
Noorhafizah selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Bayi seberat 3.47kg
itu dilahirkan pada jam 7.35 petang semalam, 19 Mac 2013 di Prince Court, Kuala
Lumpur.
Berita gembira itu
disampaikan sendiri Fezrul di laman Twitter miliknya.
Untuk rekod, Fezrul
dan Hafizah telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Mei 2012.
comelnya baby.. tembam pula tu.. ^_^
sumber : media hiburan
assalamualaikum..
Impian pelakon Sharnaaz Ahmad, 28, mahu memperisterikan Shila Amzah, 23, sedikit terganggu selepas bapa Shila mahu anaknya itu menumpukan perhatian kepada kariernya dahulu. Namun, Sharnaaz bertegas mahu menghantar rombongan untuk berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu.
"Persetujuan yang dicapai antara Shila dan bapanya baru-baru ini bakal menyaksikan Mac 2013 sebagai waktu sesuai untuk kedua-dua pihak menentukan arah tuju hubungan ini. Tetapi saya tidak menyangka akan keputusan yang dibuat bapanya itu," katanya kepada Harian Metro.
"Diharap pertemuan pada Mac ini adalah detik manis buat keluarga saya dan Shila untuk mengenali dan seterusnya menetapkan tarikh pernikahan sebenar."
Tambahnya lagi, dia berharap dapat diijabkabulkan pada Januari 2014.
Dalam pada itu, Sharnaaz menafikan dakwaan yang mengatakan dia mengongkong Shila sehingga menimbulkan kemarahan peminat Shila.
"Kalau saya kongkong dia, takkanlah sampai sekarang dia masih menyanyi. Apa-apa pun, saya memohon maaf sekiranya berbuat demikian."
* pada pandangan saya sendiri la kan.. berlembut la dengan ibu & ayah..minta restu demi sebuah kebahagiaan..InsyaAllah.. Allah tetap akan bantu kita walau sesusah mana pun.. :)
dan jaga la tingkah laku kita..sebab ibu bapa tentu ambik tahu tentang tingkahlaku bakal mertua nya kan..semoga shila dan sharnaaz akan mencapai kebahagiaan yang diharapkan.. :)
sumber : >> SINI <<
assalamualaikum..
suka nya tengok rita rudaini ni bertudung..lembut je air muka dia kan..haritu tengok cite teratak shamsiah tu pun dia bertudung..
kalau dia bertudung terus pun xpe.. =)
comel kan?..napa la saya xsecomel ni??
Ya Allah..perasan nya la kan!..haha
haritu dia pakai tudung macam ni juga la dalam cite teratak shamsiah..
ehh..sekarang tudung ni tengah famous ke?.. napa sy xtahu??..haha
Ya ampun..sudah pndai bergosip artis cik mimie kan..haha..hokalohhhh..bukan selalu kan..haha..
adalah diharapkan sangat moga rita dan suami nya berbaik semula..amin.. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons